Monday, February 7, 2011

Gadjet pada Bulan ini.,pilihan MR luruh

1.WIRELESS SOLAR LOGITECH K750
-Logitech memperkenalkan produk baru iaitu papan kekunci solar tanpa wayar K750 yang dikuasakan dengan cahaya.Papan kekunci tersebut mempunyai kuasa solar yang dicas setiap kali wujudnya cahaya dan mampu beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan dalam keadaan gelap.Tiada pertukaran bateri,penyambungan kuasa atau  kabel,ia tetap berfungsi dengan baik.Papan kekunci solar tanpa wayar dari logitech ini juga menawan dan mudah digunakan tidak kira di rumah atau di pejabat.

2.SAMSUNG GALAXY TAB

Spesifikasi
Jaringan:GPRS class 10
3G:HSDPA7.2/HSUPA5.76
Jenis paparan:TFT(C-type)
Resolusi:WSVGA(1024 x 600)
Berat:380g
Dimensi:190.09x120.45x11.98
Masa penggunaan:Sehingga 2280min(2G)1050min(3G),280min(VT call) 
spec terpantas untuk E-mel,internet,3G,kamera(3MP),video,
muzik,bluethooth,wifi,panggilan dan kad memori


3.MACBOOK AIR NIPIS PANTAS & RINGAN 
-Diinspirasikan daripada kejayaan ipad,Apple meneruskan lagi legasinya dalam pengeluaran produk perkomputeran terunggul dengan memperkenalkan Macbook  Air yang terkini.Macbook Air yang terbaru ini direka dengan skrin 13.3 inci dan hanya setebal 1.73 cm manakala 'adiknya'yang lebih kecil iaitu 11.6 inci sudah mula dijual di pasaran.Kedua-duanya dianggarkan berharga RM3,299 dan RM5,199.
       Apa yang menarik yang MR luruh nak citer pada anda semua,perkasasan seperti cekera keras dan pemacu optikal semunya dibuang Apple bagi membenarkan penempatan pemacu 'solid state'yang dikatakan lebih pantas,ringan dan kecil.Sistem operasi baru Macintosh juga dikatakan direka untuk kawalan sentuhan pelbagai yang menjadi hit kepada ipad,iphone dan ipod.Apple turut menambah perisian  Face Time pada mesin itu bermakna pengguna boleh membuat panggilan ke iphone4 atau ipod Touch yang baru .Fuhh!!! Sungguh canggihkan ?Apa ditunggu lagi?Dapat Macbook Air yang terbaru di pasaran sekarang!!!! wah rasa macam promoter lah pulak hik,hik,hik.


Spesifikasi:
Pemprosesan:1.4GHz Intel Core 2 Duo
Memori:2GB dari 1066MHz DDR3 SDRAM
Output:DVI,VGA,Dual-link DVI,HDMI
Masa Penggunaan:Sehingga lima jam 
Dimensi:0.3-1.7 x29.95x19.2cm
Berat:1.06kg


4.SAMSUNG "VIRUS DOCTOR"
-Samsung mempekenalkan "Virus Doctor"Plasma ionizer bagi meningkatkan kualiti udara di dalam bilik yang dihirup setiap hari (terutama bilik siapa-siapa berbau busuk dan berhabuk hehehe)dan sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup.Plasma ionizer ini dapat mengurangkan kesan sampingan pada habuk dan mikrorganisma terutama kepada kanak-kanak  dan orang dewasa yang mengalami rhinitis dan asma.Ia juga melindungi kulit dengan cara meneutralkan radikal OH yang meruapkan salah satu penyebab penuaan kulit."Virus Doctor " menghasilkan atom dan ion oksigen untuk menukarkan bakteria dan virus menjadi wap air yang tidak berbahaya."Virus doctor"barangan elektronik yang kompak dan selesa bersaiz 120mm(w) x 65mm(d) x 191mm(h).Sebagai barangan elektronik mesra pengguna,anda boleh nikmati kesegaran udara di dalam bilik dalam 20 minit pengaktifan.

No comments:

Post a Comment