Thursday, February 17, 2011

SABUN MANDI Jangan Lepas Pandang

            Biasanya sabun mandi terbahagi kepada dua,cecair dan sabun buku yang berfungsi untuk membersihkan bahagian yang terdapat kotoran akibat aktiviti harian.Kebanyakkan produk yang terdapat di pasaran kini tertumpu pada satu jenis kulit sahaja dan kebanyakannya adalah untuk kulit kering.Namun tidak semua punya penjelasan spesifik terhadap bahan yang terkandung di dalam satu-satu produk.Sabun selalunya mengandungi bahan utama iaitu alkali atau lemak sayuran.Dan mengehadkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak...Jalan terbaik pilih sabun organik yang lebih mesra bahan-bahan asli.Susu kambing,minyak zaitun dan ekstrak bunga antara yang baik untuk kulit sensitif.Setiap bahan ini punya upaya tersendiri dalam membaik pulih kulit sama ada mengantikan sel kulit atau memberi kelembapan pada kulit.Bahan seperti badam juga mampu mambaik pulih sel kulit yang rosak dengan menggantikan sel yang baru.Antara bahan kimia baik untuk struktur kulit antaranya:

1.Surfactant
-Ia berfungsi menyatupadukan tindak balas air dan sabun.Malah membantuu dalam membersihkan keseluruhan bahagian yang kotor dan menyahkan minyak dengan mudah.Namun ia mudah memberi kesan kering yang keterlaluan.


2.Detergents
-Ia memiliki bahan sintetik mampu bertindak sebagai pelembab kepada kulit yang kering dan mampu mengurangkan iritasi.
 
3.Fragrance 
-Diilhami bahan wangian seperti sandalwood,ros dan aloe vera yang memberi kesan aroma apabila dipakai.Namun kelemahan bahan ini adalah mudah memberi kesan iritasi dan agak sukar untuk dibersihkan,dan meninggalkan kesan sabun pada kulit.

JENIS-JENIS SABUN

1.Sabun biasa 
-Ya betul,kita semua jarang berfikir panjang ketika memilih sabun yang sesuai dengan kulit badan.Selalunya bergantung kepada keutuhan jenama sesuatu produk sahaja.Kebanyakkan sabun biasa mengandungi nilai-pH yang tinggi dan tidak sesuai.Akhirnya menyebabkan kegatalan,kekeringan dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.

2.Glycerin
-Bahan glycerin dalam sabun mampu membantu dalam mengekal kelembapan dalam kulit.Ia menjadikan kulit lebih lembut dan sangat sesuai bagi anda yang mengalami kulit kering serta sensitif .Bagi anda yang memiliki kulit berminyak,elak memilih sabun jenis ini kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pori kulit.

3.Sabun Berpelembab
-Jika terlihat atas paparan pembungkus sabun tertera untuk kulit lembab selalunya ia mengandungi bahan seperti susu,kirim dan losen.kebiasaannya ia akan lebih mahal daripada sabun biasa.Namun ia sangat berfungsi dalam memberi tindakbalas baik terhadap kulit badan.

4.Anti-Bakteria 
-Sabun jenis anti-bakteria mengandungi jumlah bahan kimia yang dikenali sebagai triclosan.Menurut salah seorang ahli dermetologi Dr.Vidula menyatakan sabun jenis ini tidak begitu sesuai.Bagi anda yang mengalami masalah kegatalan kulit dan kemerahan sesuai menggunakan sabun jenis ini.Sabun Anti-bakteria biasanya digunakan untuk mengatasi bau badan akibat pepuluhan...PERINGATAN ...kombinasi bahan organik dan sabun adalah yang paling memberi kesan positif terhadap tindak balas kulit.

                               PRODUK PILIHAN Mr.Luruh



         








No comments:

Post a Comment