Friday, February 18, 2011

4 RAHSIA TINGKATKAN MEMORI

1.MENGUNYAH GULA GULA
-Percaya atau tidak gula-gula getah sebenarnya boleh meningkatkan kewaspadaan dan memori menjadi lebih baik.Dua penyelidikan yang dilaporkan di dalam Journal appetite pada tahun 2002 dan 2004,mendapati mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan denyutan jantung yang kemudian akan meningkatkan aliran darah ke otak...


2.BERSENAM ATAU BERSUKAN
-Jika selama ini ramai orang melakukan senaman atau bersukan agar tubuh lebih sihat dan kuat,ternyata aktiviti mengurangkan kalori dalam badan ini juga memiliki rahsia sebagai penambah memori.Tidak perlu ke gym atau melakukan senaman berat,tetapi dengan berjalan kaki,naik tangga atau berbasikal boleh meningkatkan ingatan lebih baik berbanding tidak melakukannya.

3.MINUM MINUMAN BERKAFEIN
-Meskipun banyak pihak mempersoalkan kelebihan dan bahaya
mengambil kafein,tetapi dikatakan mampu meningkatkan kewaspadaan dan memori.Terdapat pelbagai penyelidikan dilakukan dan telah menunjukkan kafein dapat meningkatkan memori jangka pendek.Walaubagaimana pun,untuk mendapatkan manfaat yang optimal dari kafaein,jangan minum minuman berkafein secara berlebihan.Ia bertujuan untuk mengelakkan terjadi kesan negatif kafein terhadap tubuh.

4.TIDUR DI WAKTU SIANG
-Mungkin tidak ramai yang tahu rahsia ini iaitu tidur di waktu siang terutama ketika anda  bersantai di rumah juga boleh meningkatkan memori 'declarative'(memori menyimpan fakta)seseorang.Walaupun tidur di waktu siang baik untuk meningkatkan memori.disarankan agar anda tidak tidur melebihi 45 minit.Ini bertujuan untuk menghindari kehilangan manfaatnya untuk memori.

No comments:

Post a Comment