Wednesday, February 23, 2011

Keadilan Allah kepada lelaki dan perempuan

Lelaki
-Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki  bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun  isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

-Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH SWT (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah SWT dalam keadaan istimewa disisi-NYA.

Monday, February 21, 2011

TEKNIK ASMARA LEBIH HANGAT!!!!!

1.FOREPLAY/PEMANASAN
-Merupakan aktiviti pemanas badan untuk meningkatkan keghairahan dalam hubungan intim.Jalan terlalu gelojoh bermula dgn foreplay...dan pastikan pelayaran anda sampai ke destinasi terindah..hehehe.


Foreplay boleh dilakukan dengan cara mudah iaitu:
a)Bahasa yang tepat-
Ucapkan kata-kata yang membuatkan rasa disayangi oleh si dia...yang tersayang

b)Godaan bahasa tubuh yang menggoda hati
-Lengkok tubuh yang tidak terlalu mendesak atau 'over' bakal mencipta godaan yang memberangsangkan .

c)Ciuman hangat
-Ciuaman adalah pembangkit keghairahan pasangan sebelum destinasi asmara yang seterusnya.

d)Fokus terhadap tut.....
-Matikan telefon bimbit,lakukan dalam suasana tenang dan sedikit gelap serta berikan tumpuan sepenuhnya.

2.BAHAGIAN TUBUH PASANGAN
-Wanita amat menyukai belaian lembut daripada pasangan.Dalam proses menwujudkan asmara lebih hangat,sasaran bahagian tubuh wanita yang tepat adalah penting.Bahagian tubuh yang dimaksudkan adalah titik G atau pusat rangsangannya.Apabila anda tahu da mainkan peranan sewajarnya,ia akan memudahkan lagi proses mencapai kenikmatan orgasme(klimaks)
 

Antara bahagian tubuh(fizikal)membuatkan lelaki mahupun wanita drowness dalam hangat asmara :
*Rambut
*Bibir
*Leher
*Lengan
*Buah dada
*Punggung
*Alat ....tut
*Betis
Setiap wanita berbeza cara dan kesan rangsangan masing-masing.Oleh yang demikian anda perlu bijak meneroka titik G itu.Saat anda menemuinya,mainkan peranan dan wujudkan suasana penuh kebahagian...

3.PELBAGAI POSISI
-Kehangatan hubungang asmara dan pasangan dapat dirasai apabila bijak memainkan peranan iaitu melakukan hubungan seks dengan posisi yang pelbagai.Ia penting untuk meningkatkan kembali prestasi hubungan intim anda berdua.Secara asasnya posisi yang sering dilakukan termasukla:

a)Wanita di bahagian atas
b)Anda di bahagian belakang(doggie style)
c)Normal(wanita di bahagian bawah)
    Terdapat pelbagai lagi posisi yang boleh anda aplikasikan ..cuba rujuk kitab seks kamasutra.Tiga yang diatas ini adalah asas terbaik dalam hubungan intim bersama isteri...
 4.LOKASI HUBUNGAN INTIMASI ANDA AKAN BERLANGSUNG
-Lokasi memadu asmara juga perlu di pelbagaikan bukan hanya di kamar tidur.Cubalah di kawasan yang lain seperti di lokasi bulan madu anda dahulu...Kemudian lakukan di segenap ruang yang ada disana seperti bilik mandi,ruang tamu,atau di ruang dapur untuk anda segarkan semula kehangatan tersebut.Ayuh semua lihat lokasi lain yang menarik untuk anda berdua..

a)Kawasan tanah tinggi yang sejuk

b)Pulau dengan keindahan pantai menarik




c)Di atas kapal pelayaran ,atau persiaran ala-ala filem tetanik ,kapal terbang,kereta api atau pengankutan awan yang lain....yang menyediakan kemudahan eksklusif ruang tidur.

d)Hotel dengan pemandangan indah kota raya dari bilik penginapan.



Anda juga boleh mencuba di kawasan-kawasan lain yang difikirkan sesuai dan kena dgn cita rasa anda....Tapi ingat jangan sampai ditangkap oleh pihak berkuasa sudeh...Mr luruh x  bertanggungjawab pasal benda tuu.

Friday, February 18, 2011

4 RAHSIA TINGKATKAN MEMORI

1.MENGUNYAH GULA GULA
-Percaya atau tidak gula-gula getah sebenarnya boleh meningkatkan kewaspadaan dan memori menjadi lebih baik.Dua penyelidikan yang dilaporkan di dalam Journal appetite pada tahun 2002 dan 2004,mendapati mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan denyutan jantung yang kemudian akan meningkatkan aliran darah ke otak...


2.BERSENAM ATAU BERSUKAN
-Jika selama ini ramai orang melakukan senaman atau bersukan agar tubuh lebih sihat dan kuat,ternyata aktiviti mengurangkan kalori dalam badan ini juga memiliki rahsia sebagai penambah memori.Tidak perlu ke gym atau melakukan senaman berat,tetapi dengan berjalan kaki,naik tangga atau berbasikal boleh meningkatkan ingatan lebih baik berbanding tidak melakukannya.

3.MINUM MINUMAN BERKAFEIN
-Meskipun banyak pihak mempersoalkan kelebihan dan bahaya
mengambil kafein,tetapi dikatakan mampu meningkatkan kewaspadaan dan memori.Terdapat pelbagai penyelidikan dilakukan dan telah menunjukkan kafein dapat meningkatkan memori jangka pendek.Walaubagaimana pun,untuk mendapatkan manfaat yang optimal dari kafaein,jangan minum minuman berkafein secara berlebihan.Ia bertujuan untuk mengelakkan terjadi kesan negatif kafein terhadap tubuh.

4.TIDUR DI WAKTU SIANG
-Mungkin tidak ramai yang tahu rahsia ini iaitu tidur di waktu siang terutama ketika anda  bersantai di rumah juga boleh meningkatkan memori 'declarative'(memori menyimpan fakta)seseorang.Walaupun tidur di waktu siang baik untuk meningkatkan memori.disarankan agar anda tidak tidur melebihi 45 minit.Ini bertujuan untuk menghindari kehilangan manfaatnya untuk memori.

Rahsia minuman Tenaga

      Sebelum atau selepas bersenam dan bersukan,atau kepenatan bekerja di pejabat,ramai di antara kita menjadikan minuman tenaga sebagai penambah kecergasan tubuh.Jadi sekarang pelajari kelebihan minuman tenaga dan kenapa ia popular terutama di kalangan remaja dan dewasa ?Seperti apa yang dinyatakan oleh penggemar minuman ini.ia banyak kelebihan ...Ini antara kelebihan yang boleh Mr Luruh gitau korang semunya jeng..jeng..jeng,,,


















1.MENINGKATKAN TENAGA
-Manfaat pada jelas dari minuman tenaga adalah mendorong meningkatkan tenaga.Dalam bentuk cair,minuman ini cepat berkesan untuk tubuh dan dapat meningkatkan tenaga dalam beberapa minit.

2.MENGURANGKAN KELETIHAN 
-Manfaat dari minuman tenaga termasuklah kemampuan untuk merangsang tubuh dan menyegarkan tubuh dan menyegarkan fikiran.ini adalah pilihan yang baik sekiranya anda tidak cukur tidur.

3.MENINGKATKAN TUMPUAN
-Terdapat pelbagai minuman tenaga di pasaran yang dapat meningkatkan tumpuan dan keseluruhan
fungsi.Ia mengandungi pelbagai Vitamin B,khususnya Vitamin B12.

4.MENINGKATKAN PRESTASI 
-Berkesan meningkatkan prestasi fizikal adalah salah satu manfaat utama dari meminum minuman tenaga
.Ia diperakui oleh ahli sukan.

5.MINUMAN TAMBAHAN(SUPLEMEN)
-Minuman tenaga mengandungi banyak Vitamin,mineral dan herba bagi meningkatkan pola pemakanan yang sihat.

6.MENINGKATKAN SAINGAN
-Ramai yang memilih untuk mengambil minuman tenaga sebagai cara terbaik untuk meningkatkan daya saing 
ketika bersenam atau bersukan.

7.MENGURANGKAN KELESUAN
-Bagi anda yang terpaksa menambah waktu kerja atau OT sehingga lewat malam,pastinya tubuh anda berasa lesu,Ini memberi kesan pada produktiviti kerja kerana keletihan fizikal dan mental.Untuk mengatasi masalah ini.minuman tenaga dapat membatu...pada waktu genting tersebut.

8.MENINGKATKAN METABOLISME
-Walaupun terdapat beberapa minuman tenaga mengandungi gula dan kalori tinggi,namun terdapat juga minuman tenaga di pasaran yang rendah gula dan kalori ini membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu anda merencanakan diet yang lebih sihat.

Thursday, February 17, 2011

SABUN MANDI Jangan Lepas Pandang

            Biasanya sabun mandi terbahagi kepada dua,cecair dan sabun buku yang berfungsi untuk membersihkan bahagian yang terdapat kotoran akibat aktiviti harian.Kebanyakkan produk yang terdapat di pasaran kini tertumpu pada satu jenis kulit sahaja dan kebanyakannya adalah untuk kulit kering.Namun tidak semua punya penjelasan spesifik terhadap bahan yang terkandung di dalam satu-satu produk.Sabun selalunya mengandungi bahan utama iaitu alkali atau lemak sayuran.Dan mengehadkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak...Jalan terbaik pilih sabun organik yang lebih mesra bahan-bahan asli.Susu kambing,minyak zaitun dan ekstrak bunga antara yang baik untuk kulit sensitif.Setiap bahan ini punya upaya tersendiri dalam membaik pulih kulit sama ada mengantikan sel kulit atau memberi kelembapan pada kulit.Bahan seperti badam juga mampu mambaik pulih sel kulit yang rosak dengan menggantikan sel yang baru.Antara bahan kimia baik untuk struktur kulit antaranya:

1.Surfactant
-Ia berfungsi menyatupadukan tindak balas air dan sabun.Malah membantuu dalam membersihkan keseluruhan bahagian yang kotor dan menyahkan minyak dengan mudah.Namun ia mudah memberi kesan kering yang keterlaluan.


2.Detergents
-Ia memiliki bahan sintetik mampu bertindak sebagai pelembab kepada kulit yang kering dan mampu mengurangkan iritasi.
 
3.Fragrance 
-Diilhami bahan wangian seperti sandalwood,ros dan aloe vera yang memberi kesan aroma apabila dipakai.Namun kelemahan bahan ini adalah mudah memberi kesan iritasi dan agak sukar untuk dibersihkan,dan meninggalkan kesan sabun pada kulit.

JENIS-JENIS SABUN

1.Sabun biasa 
-Ya betul,kita semua jarang berfikir panjang ketika memilih sabun yang sesuai dengan kulit badan.Selalunya bergantung kepada keutuhan jenama sesuatu produk sahaja.Kebanyakkan sabun biasa mengandungi nilai-pH yang tinggi dan tidak sesuai.Akhirnya menyebabkan kegatalan,kekeringan dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.

2.Glycerin
-Bahan glycerin dalam sabun mampu membantu dalam mengekal kelembapan dalam kulit.Ia menjadikan kulit lebih lembut dan sangat sesuai bagi anda yang mengalami kulit kering serta sensitif .Bagi anda yang memiliki kulit berminyak,elak memilih sabun jenis ini kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pori kulit.

3.Sabun Berpelembab
-Jika terlihat atas paparan pembungkus sabun tertera untuk kulit lembab selalunya ia mengandungi bahan seperti susu,kirim dan losen.kebiasaannya ia akan lebih mahal daripada sabun biasa.Namun ia sangat berfungsi dalam memberi tindakbalas baik terhadap kulit badan.

4.Anti-Bakteria 
-Sabun jenis anti-bakteria mengandungi jumlah bahan kimia yang dikenali sebagai triclosan.Menurut salah seorang ahli dermetologi Dr.Vidula menyatakan sabun jenis ini tidak begitu sesuai.Bagi anda yang mengalami masalah kegatalan kulit dan kemerahan sesuai menggunakan sabun jenis ini.Sabun Anti-bakteria biasanya digunakan untuk mengatasi bau badan akibat pepuluhan...PERINGATAN ...kombinasi bahan organik dan sabun adalah yang paling memberi kesan positif terhadap tindak balas kulit.

                               PRODUK PILIHAN Mr.Luruh



         








Wednesday, February 9, 2011

Datang Bulan



Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "


Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

Cerita Pengantin Baru


Cerita Pengantin Baru

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks
yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami
tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang
tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"