Friday, February 18, 2011

Rahsia minuman Tenaga

      Sebelum atau selepas bersenam dan bersukan,atau kepenatan bekerja di pejabat,ramai di antara kita menjadikan minuman tenaga sebagai penambah kecergasan tubuh.Jadi sekarang pelajari kelebihan minuman tenaga dan kenapa ia popular terutama di kalangan remaja dan dewasa ?Seperti apa yang dinyatakan oleh penggemar minuman ini.ia banyak kelebihan ...Ini antara kelebihan yang boleh Mr Luruh gitau korang semunya jeng..jeng..jeng,,,


















1.MENINGKATKAN TENAGA
-Manfaat pada jelas dari minuman tenaga adalah mendorong meningkatkan tenaga.Dalam bentuk cair,minuman ini cepat berkesan untuk tubuh dan dapat meningkatkan tenaga dalam beberapa minit.

2.MENGURANGKAN KELETIHAN 
-Manfaat dari minuman tenaga termasuklah kemampuan untuk merangsang tubuh dan menyegarkan tubuh dan menyegarkan fikiran.ini adalah pilihan yang baik sekiranya anda tidak cukur tidur.

3.MENINGKATKAN TUMPUAN
-Terdapat pelbagai minuman tenaga di pasaran yang dapat meningkatkan tumpuan dan keseluruhan
fungsi.Ia mengandungi pelbagai Vitamin B,khususnya Vitamin B12.

4.MENINGKATKAN PRESTASI 
-Berkesan meningkatkan prestasi fizikal adalah salah satu manfaat utama dari meminum minuman tenaga
.Ia diperakui oleh ahli sukan.

5.MINUMAN TAMBAHAN(SUPLEMEN)
-Minuman tenaga mengandungi banyak Vitamin,mineral dan herba bagi meningkatkan pola pemakanan yang sihat.

6.MENINGKATKAN SAINGAN
-Ramai yang memilih untuk mengambil minuman tenaga sebagai cara terbaik untuk meningkatkan daya saing 
ketika bersenam atau bersukan.

7.MENGURANGKAN KELESUAN
-Bagi anda yang terpaksa menambah waktu kerja atau OT sehingga lewat malam,pastinya tubuh anda berasa lesu,Ini memberi kesan pada produktiviti kerja kerana keletihan fizikal dan mental.Untuk mengatasi masalah ini.minuman tenaga dapat membatu...pada waktu genting tersebut.

8.MENINGKATKAN METABOLISME
-Walaupun terdapat beberapa minuman tenaga mengandungi gula dan kalori tinggi,namun terdapat juga minuman tenaga di pasaran yang rendah gula dan kalori ini membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu anda merencanakan diet yang lebih sihat.

No comments:

Post a Comment